Bertemu kita semula, kali ini saya ingin menyentuh tentang beberapa ciri yang diamalkan oleh pelajar cemerlang yang mana ia merupakan rahsia. Tetapi rahsia yang telah dilupakan oleh kebanyakan pelajar yang lain yang telah mengakibatkan mereka tidak dapat menjadi pelajar cemerlang.
Saya berani katakan demikian kerana ini berdasarkan kepada pengalaman saya membimbing pelajar yang kurang cemerlang menjadi cemerlang. Saya mendedahkan perkara ini bukan dari sudut mereka yang pakar motivasi atau dari sudut pelajar-pelajar yang sememangnya cemerlang.
Saya dedahkan dari sudut kacamata mereka yang kurang cemerlang.
INGIN TAHU CIRI-CIR RAHSIA PELAJAR CEMERLANG?
Sebelum itu ada beberapa soalan yang saya ingin pelajar renungkan sendiri dan jawab sendiri.
- Apakah yang saya sampaikan benar-benar rahsia?
- Adakah pelajar benar-benar ingin mengetahuinya?
- Kalau saya sampaikan adakah pelajar akan mengamalkannya?
- Jika ini merupakan satu rahsia berapa bayaran (RM) yang sanggup anda bayar kepada saya?
Kalau niat pelajar hanya sekadar ingin mengetahui sahaja tanpa mahu mengamalkannya saya nasihatkan anda jangan teruskan pembacaan ini. Pendedahan saya ini adalah untuk pelajar yang benar-benar selama ini tercari-cari rahsia kecemerlangan dan kalau mengetahuinya pelajar akan terus mengamalkannya tanpa perlu bersoal-jawab sama-ada ia benar-benar berkesan dan menjamin kecemerlangan dan kejayaan. Saya berani katakan ia sememangnya dijamin akan memberikan kesan yang positif jika diamalkan dan akan pasti membawa perubahan didalam kemajuan pelajaran anda.
 |
| Pil-pil untuk menjadi PINTAR? |
Satu perkara yang perlu diingatkan ialah masih belum ada di dunia ini, walaupun dunia telah maju didalam bidang sains dan teknologi, ada syarikat atau individu atau mana-mana pihak yang telah berjaya mereka, mencipta dan berjaya menjual
"pil-pil" yang boleh menjadikan manusia serta-merta menjadi bijak, pandai, pintar atau cendikiawan apabila mengambil pil tersebut.. Kalaulah ada, saya rasa nama syarikat atau pihak tersebut dah
"BOOM" didunia ini. Yang pasti
BELUM ADA!!.......
Wahai pelajar yang saya sayangi ingatlah pesana saya ini:
Perjalanan itu bermula dari langkah yang pertama.
 |
| Halangan Menjadikan Lebih Dewasa dan Kental |
Ia adalah permulaan yang amat sukar dan mencabar.
Tetapi cabaran tersebutlah yang menjadikan kita lebih dewasa dan lebih kental
Kejayaan hanya untuk mereka yang sungguh-sungguh kuat berusaha
Maka hasilkanlah Kejayaan dan Kecemerlangan sebagai satu sejarah kejayaan dalam hidup ANDA
Kembali kita semula kepada bicara "Rahsia Ciri Pelajar Cemerlang".Sebenarnya ada banyak ciri-ciri yang diamalkan oleh pelajar yang cemerlang untuk sentiasa memastikan mereka sentiasa berada didepan.Hari ini saya ingin membicarakan salah satu ciri tersebut. Ciri ini adalah yang asas. Tetapi dipandang remeh. Sebelum itu saya ingin membawa pelajar kepada dua sejarah yang boleh kita ambil iktibar.
SEJARAH PERTAMA
Agama Islam adalah agama yang agung dimana ia telah mengajar umatnya supaya menghafal. Nabi Muhammad saw telah menyampaikan ajaran agama islam dan telah meningalkan kepada kita dua perkara yang menjadi panduan hidup kita dari dulu, sekarang dan sampai bila-bila iaitu ALQuraan dan Al Hadis. Yang menakjubkan ialah isi didalam AlQuraan dan AlHadis ini tidak pernah berubah, walaupun telah melalui beberapa zaman. Tetap utuh dan sama. Hairankan? Bagaimana ini boleh kekal?
Ok sekarang kita lihat bagaimana proses tersebut berlaku. Ayat-ayat AlQuraan diturunkan kepada Nabi Muhammad dalam bentuk wahyu. Nabi kemudiannya pula menyampaikan kepada para sahabat dan juga kepada pengikutnya pada masa tersebut.Lantaran daripada itu pula para sahabat akan menghafal ayat-ayat tersebut.Para sahabat kemudiannya akan membacakannya pula berulang-ulang sehingga dapat dihafal dengan betul. Jadi disini proses tersebut berterusan dalam bentuk hafalan. Sehinggalah ayat-ayat tersebut dikumpulkan dan dibukukan dalam bentuk Kitab yang kita panggil AlQuraan. Begitu juga proses Al Hadis Nabi.
Apa yang saya ingin maklumkan dari kesan peristiwa tersebut ialah
menghafal merupakan asas kepada pembelajaran yang akan membentuk minda sentiasa aktif.dan dapat berfungsi dengan lebih berkesan. Untuk menjadikan ia sentiasa kekal dalam ingatan maka proses untuk memantapkan hafalan tersebut ialah dengan mengulang-ulang bacaan tersebut.
SEJARAH KEDUA
Cuba ingat semula bagaimana pelajar-pelajar dapat membaca dan mengira sekarang ini. Ya, sekarang ini. Saya rasa jika pelajar tidak melakukan proses menghafal semasa di alam TADIKA saya dapat rasakan pelajar-pelajar sampai hari ini tidak akan dapat membaca dan mengira dengan baik. Masih ingat ya, bagaimana guru-guru di Tadika mengajar pelajar ketika itu huruf-huruf abjad ataupun menggunakan teknik membaca cara suku kata. Semua ini dilaksanakan dengan menghafal.Apabila pelajar-pelajar ketika itu dapat menghafal apa yang diajar oleh guru ketika itu, kesudahannya pelajar mempunyai kebolehan membaca dan mengira, walaupun pada ketika itu pembacaan mungkin tidak selancar seperti sekarang ini.
Pelajaran yang dapat kita petik dari sejarah kedua ialah dimana pada peringkat permulaan seorang pelajar yang tidak tahu membaca dan mengira akhirnya ia boleh menguasai pembacaan dan pengiraan yang begitu baik.
Ini semua adalah bersandarkan kepada kaedah menghafal dan mengulang-ulang perkara yang sama.Hasilnya ialah anda kini mampu membaca penulisan saya di internet. Bukan itu sahaja anda juga dapat memahami apa yang cuba saya sampaikan. Paling mustahaknya ialah anda akan mempraktikan semula RAHSIA YANG TELAH ANDA LUPAKAN untuk mencipta kejayaan dan kecemerlangan. Rahsia yang telah anda pelajari dari bangku sekolah Tadika lagi.
Apakah rahsianya?
Saya rasa pelajar sudah dapat mengagaknya bukan.
Ya, betul. Ya, itu
'MENGHAFAL DAN MENGULANG-ULANG"
APKAH RUMUSAN DARIPADA KEDUA-DUA SEJARAH TERSEBUT
Apa yang dapat kita perhatikan dan boleh diaplikasikan kepada diri setiap pelajar untuk mecipta kejayaan dan kecemerlangan didalam pelajaran sebenarnya tidak lah sesusah manapun. Semuanya bergantung kepada diri anda sendiri. Rahsia yang pertama telah saya bongkakan kepada anda. Cuma anda sebagai seorang pelajar harus dan patut mempraktikan rahsia tersebut dan amalkan dalam kehidupan seharian anda. Saya pasti kejayaan dan kecemerlangan akan menjadi milik anda.
Timbul pula persoalan bagaimana harus dipraktikan rahsia tersebut?
Saya bagi contoh: Katakanlah pelajar ingin mepelajari matapelajaran Sejarah. Ambil mana-mana bab dalam pelajaran tersebut. Sekarang setelah anda menetapkan bab yang hendak dipelajari, maka bacalah bab tersebut. Perlu diingat, anda perlu pecah-pecahkan bab tersebut berdasarkan unit-unit yang telah disediakan didalam bab tersebut.
Pelajar perlu membaca satu unit atau dua unit atau mengikut kemampuan sendiri. Seterusnya pelajar baca dan fahamkan isi kandungan dalam unit tersebut serta cuba catitkan isi-isi penting didalam unit tersebut. Kemudian lakukan proses mengulang-ulang semual bacaan anda terhadap unit tersebut. Semasa mengulang bacaan tersebut, cuba semak kefahaman anda terhadap unit tersebut dan jangan lupa pula yang paling utama ialah adakah pelajar telah dapat menghafal kesemua isi didalam unit tersebut.
Apabila saya katakan mengulang-ulang, saya maksudkan ulang tersebut dilakukan setiap hari sebagai satu amalan yang perlu dilaksanakan setiap hari. Pelajar tidak boleh mengelak untuk tidak membuat ulang tersebut.
Kebiasaannya pelajar dapat menguasai sesuatu unit itu dalam tempoh dua atau tiga hari sahaja. Apa yang penting ialah kesungguhan pelajar sendiri yang akan menentukan jumlah hari yang diperlukan untuk menghafal sesuatu unit tersebut.Tidak hairan jika pelajar mampu menghafal isi-isi dalam unit tersebut dalam masa sehari sahaja.
Setelah anda menguasai unit tersebut berpindah pula kepada unit lain sehingga habis unit-unit didalam bab tesebut. Ok seperkara yang saya perlu ingatkan kepada pelajar ialah walaupun pelajar telah mampu menghafal sesuatu unit tersebut, saya nasihatkan pelajar sebelum memulakan unit baru adalah lebih baik pelajar luangkan masa dengan mengingati semula unit terdahulu. Ini bertujuan untuk memantapkan lagi hafalan unit-unit yang telah dipelajari.
Dari segi masa pula pada peringkat permulaan anda membuat hafalan ia akan mengambil masa yang agak panjang. Pelajar tidak perlu bimbang. Ini memang lumrah. Tetapi yakinlah apabila anda telah dapat menghafal dengan baik. Anda tidak lagi memerlukan masa yang banyak. Cukup sekadar beberapa minit sahaja nanti. Kalau tak percaya, pelajar boleh mencubanya.
Sampai disini sahaja untuk kali ini, saya akan dedahkan pula rahsia pelajar cemerlang # 4 kemudian
Jika anda ada komen yang boleh membantu meningkatkan kemahiran belajar sila hantar komen anda.
Sekian wassalam
Ikhlas dari
Safiyan Mofti