PELAJAR CEMERLANG
Apa kata hari ini kita bercerita pula pasal mengapa ramai pelajar tidak mendapat markah cemerlang didalam setiap kali menghadapi peperiksaan. Apakah faktor yang paling utama yang telah menyeret pelajar-pelajar di letakan dalam kumpulan tidak cemerlang. Kalau nak dikira dan dilihat serta dihitung, kesemua pelajar sama sahaja dari segi fizikalnya. Kalau pelajar Si A pergi sekolah, pelajar Si B dan Si C serta yang lain-lainnya juga pergi kesekolah. Kalau dalam kelas yang sama pun masih ada pelajar cemerlang dan tidak cemerlang. Apa dah jadi? Cikgu yang mengajar pun sama aja? Cikgu tidak pula mengajar Si A atau Si B atau Si C secara perseorangan. Malah Cikgu mengajar satu kelas, Si A ada disitu Si B pun ada dalam kelas itu Si C tidak ketinggalan, dia pun dalam kelas yang sama. TETAPI kenapa ada perbezaan didalam kelas tersebut? Maksud saya ada cemerlang dan tidak cemerlang?
Tidakah ini menjadi satu tanda tanya kepada semua pelajar?
Kepada murid yang cemerlang mereka tahu jawapannya, mereka ini tak kisah pun pada mereka yang kurang cemerlang dan kurang menyerlah didalam pelajaran. Bagi mereka apa yang penting mereka harus menjalankan tanggungjawab mereka sebagai pelajar cemerlang demi masa depan mereka. Kalau ditanya kepada mereka itulah jawapan yang diberikan oleh pelajar cemerlang tersebut. Pelajar-pelajar cemerlang ini tahu apa yang mereka mahukan didalam hidup ini, sebab itu mereka belajar bersungguh-sungguh dan tetap menjadi pelajar yang cemerlang. Pelajar-pelajar cemerlang ini memastikan mereka sendiri yang melakarkan sejarah, bukan menyaksikan sejarah orang yang berjaya. Pelajar-pelajar cemerlang ini mahu nama mereka terlakar didalam sejarah sebagai mereka-mereka yang BERJAYA dengan cemerlangnya.
Apa?, anda hendak berhenti disini sahaja tanpa melakukan satu perubahan kepada diri anda sendiri. Ini satu perkara yang akan anda sesali kemudian hari yang mana sudah tidak berguna lagi pada masa itu nanti.
Jadi apa kata anda berkenalan dahulu dengan erti perkataan-perkataan yang ingin saya ketengahkan kepada anda supaya anda bangkit dari tidur yang lena dan gerakan satu gerakan menuju ke.. ke... ke.... kecemerlangan.
Perkataan yang ingin anda tahu dan ambil perhatian bermula dari hari ini dan terus mengambil tindakan ialah :

Jika biji "benih" kejayaan yang akan anda tanam, maka SEBELUM pokok menghasilkan buah "kejayaan" anda perlu tahu satu perkara iaitu anda terpaksa memberi baja kepda tanaman tadi. Anda perlu ingat bukan sebarang baja yang anda boleh taburkan di pokok itu. Anda perlu menggunakan baja yang berjenama BERUBAH. Hanya buat masa ini, baja jenama tersebut sahaja yang dapat memastikan benih yang ditanam tadi dapat menjadi pokok Kejayaan. Baja jenama BERUBAH ini hanya boleh dibeli di kedai yang beralamatkan di HATI NURANI anda. Kedai ini beroperasi 7 hari seminggu 24 jam sehari. Apa fungsi baja ini? Baja ini jika kerap digunakan akan merubah pokok tersebut dari sebiji benih kepada pokok yang kecil kemudiannya menjadi sebatang pokok yang matang dan menghasilkan buah-buah yang enak dan sedap. Tetapi sudah mempunyai baja jika tidak ditaburkan maka sia-sia sahaja anda mempunyai baja. Kenapa pula baja tidak ditaburkan ke pokok? Sudah pasti yang mempunyai baja itu seorang yang pemalas. Bagaimana boleh ia mengharapkan pokok tadi menghasilkan buah-buah yang baik kualitinya dan enak untuk dimakan. Maka apa sebabnya baja tidak ditaburkan? Kenapa pula tuan punya pokok menjadi pemalas? Jika tuan punya pokok mengharapkan keadaan dan masa secara semula jadi sahaja untuk menentukan pokok itu menghasilkan buah yang enak dan sedap dimakan maka salah lah cara yang dilakukannya. Persoalannya sekarang mengapa tuan punya pokok menjadi pemalas sedangkan ia tahu hasil yang bakal diperolehinya jika dia berbuat demikian.
Kesemua perbuatan tuan punya pokok adalah disebabkan sikapnya yang pemalas dan tidak mahu berubah. Jadi kesimpulannya janganlah mengharapkan biji benih yang ditanam itu akan menghasilkan hasil yang lumayan.
APA KAITANNYA CERITA PASAL POKOK DENGAN PELAJAR KURANG CEMERLANG
Entahlah...... Pokok?.... Pelajar Cemerlang?????? Ada kaitan ke? Bagi saya memangnya ada kaitannya. Pelajar-pelajar bagaiman pula?
Selama saya membimbing pelajar untuk menjadikan mereka cemerlang saya dapat perhatikan satu perkara yang amat kukuh dan kuat pegangan dalam diri pelajar-pelajar tersebut iaitu apa yang kita panggil MALAS. Sikap malas dalam diri pelajar ini telah menguasai diri mereka sehinggakan kalau dinasihati, diberi semangat, diberi motivasi, dipujuk, di rayu rasanya dah tak jalan dah. Jadi bagaimana untuk membuang sikap malas ini dalam diri pelajar? Adakah pelajar-pelajar mempunyai jawapannya?
Bagi saya kalau kita kembali kepada cerita pokok diatas tadi, cuba para pelajar jadikan diri pelajar sebagai tuan punya pokok tersebut. Benih telah ditanam tetapi pelajar tidak menjalankan tanggungjawab menjaga pokok tersebut seperti membaja, menyiram dan memastikan tiada seranga yang merosakkan pokok tersebut, agak-agaknya boleh ke pokok tersebut hidup dan menghasilkan buah. Saya rasa pasti pelajar dapat menjawabnya sendiri. Maksudnya disini jika kita malas jangan harapkan sesuatu yang ajaib akan berlaku.
Cuba para pelajar perhatikan tulisan diatas apa rasanya jika para pelajar menganalisa tulisan tersebut. Sudah pasti para pelajar akan mengatakan penulis yang menulis ini mungkin baru hendak belajar menulis ataupun orang yang menulis ini sememangnya pemalas. Betul tak?
Jadi disini saya ingin mempertengahkan semula perkataan BERUBAH pula. Jika pelajar yang menulis perkataan tadi jika disuruh (maksudnya mahu berubah) untuk menulis berkali-kali perkataan tersebut apa kesudahannya nanti? Yang pasti dipenghujung nya tulisan tersebut akan bertambah baik, bertambah baik dan seterusnya sangat baik. Setuju ke tidak? Pengajarannya ialah jika sipenulis tersebut pada permulaannya sangat pemalas. tetapi dia boleh menulis dengan baik hasil dari perubahan yang dilakukan sedikit demi sedikit akan memberikan hasil yang baik.
Bagaimana ini boleh berlaku? Sebenarnya disiplin yang telah diterapkan secara tidak sedar kepada penulis tersebut iaitu menulis berkali-kali menyebabkan ia dapat menulis dengan baik dan lupa akan sifat pemalasNya tadi. Kesudahannya disiplin tersebut telah membentuk sikap yang baru tertanam dalam diri penulis tadi. Setuju tak jika saya perkatakan begitu.
Jadi kita boleh lihat banyak contoh didalam kehidupan ini dimana disiplin boleh menukar SIKAP seseorang daripada lemah kepada kuat, daripada tak tahu kepada ingin tahu, daripada bodoh kepada pandai, yang penting daripada malas kepada kecemerlangan. Percayalah cakap saya ini. Saya menulis ini bukan sekadar teori tetapi telah saya laksanakan kepada pelajar-pelajar dibawah bimbingan saya. Apa pelajar-pelajar tidak percaya. Maka disini hari ini dan waktu ini saya cabar dir pelajar yang membaca sekarang ini melaksanakan satu tindakan BERUBAH KEPADA KEHIDUPAN YANG BERDISIPLIN.
Jadi pelajar yang saya hormati sekelian jika buat masa ini anda terasa bahawa anda didalam kelompok mereka yang PEMALAS, sebenarnya itu semua adalah mainan didalam kotak fikiran anda yang telah tertanam sekian lama yang menjadikan sikap anda menjadi PEMALAS dan tidak suka mengambil risiko dan tanggungjawab pada diri sendiri apatah lagi sebagai pelajar yang tugas dan lingkaran kehidupan yang amat kecil jika dibandingkan dengan tugas dan tanggungjawab kedua ibu bapa pelajar.
Kenapa saya perkatakan begitu? kita ambil sahaja perkataan PELAJAR. Apakah maksud disebalik perkataan tersebut? Kalau kita faham ia memberi maksud kepada seseorang yang mempunyai satu tanggungjawab yang hanya menjurus kepada belajar sahaja. Ya belajar sahaja, BUKAN bermaksud tidak perlu bertanggungjawab kepada perkara lain, tetapi intipati nya ialah tanggungjawab yang berat dan fokus yang lebih mendalam didalam BELAJAR.
Sikap pemalas pelajar akan menjadi-jadi apabila setiap kali ingin menghadapi peperiksaan dan juga selepas mendapat keputusan peperiksaan. Tak kala hendak menghadapi peperiksaan perasaan malas pun timbul. Ini terjadi kerana apabila keinginan untuk belajar ada tetapi terbantut apabila mendapati amat sukar untuk menguasai sesuatu pelajara tersebut. Jadi biasanya pelajar akan terus melupakan niat untuk berusahan menjadi pelajar yang cemerlang. Bukankah begitu?
Wahai pelajar yang saya hormati, niat anda untuk berusaha menjadi pelajar cemarlang sudah tepat dan bagus. Ini baru langkah permulaan anda. Kenapa perlu tewas dengan langkah pertama. Sebenarnya pelajar-pelajar tewas kerana tidak menyediakan satu perancangan dalam diri pelajar untuk menuju kecemerlangan. Sepatutnya untuk mengelakan pelajar tewas didalam peperangan dengan diri sendiri pelajar perlu menyediakan satu rancangan yang rapi dan yang paling penting pastikan perancangan tersebut diikuti sepenuhnya.
Pelajar perlu ingat satu nasihat saya. Amalkan nasihat ini dalam apa jua perjuangan anda. Saya pasti ia akan menjadi pembakar kepada apa jua cita-cita anda.
Kebanyakan pelajar tidak pernah memahami, menghayati, membayangi dan yang paling teruk... teruk.... teruk sekali tidak ada kesungguhan didalam mengejar CITA-CITA. Faktor ini lah yang membuatkan kebanyakan pelajar tidak begitu serius didalam pelajaran mereka.Pelajar pernah ke tebayang apa akan dilakukan selepas tamat pengajian di sekolah menengah. Dah ada perancagan ke? Tak terfikir ke nak sambung pengajian ke pusat pengajian tinggi? Tak terfikir ke nak hidup senang dan selesa selepas tamat pengajian nanti. Tak ingin ke nanti mempunyai kenderaan sendiri, rumah sendiri, pergi bercuti didalam Malaysia atau ke luar negara? Ini semuanya memerlukan kewangan yang banyak. Jadi boleh ke dicapai setakat pengajian setakat sekolah menengah sahaja? Anda tanya anda jawab..... Tapi jujur dengan diri sendiri dan jawab dengan positif bukan memberi jawapan sebagai alasan yang boleh direka-reka untuk menyedapkan hati sahaja.
Nasihat saya ialah satu sahaja bagi membakar semangat anda, toleh kembali kepada cita-cita anda.
Andai nya cita-cita ingin menjadi jurutera, pilot, doktor, akauntant atau apa jua cita-cita anda jadilah sekarang rasakan bagaimana kehidupan sebagai jurutera, pilot atau akauntant sekarang ini bukannya 5,6 atau 7 tahun akan datang. Cari lah maklumat berkenaan cita-cita anda dan bercerita lah dengan mereka yang anda kenali jadikan mereka sebagai mentor anda dan yang paling bagus sekali lihat bagaimana perwatakan mereka-mereka ini apabila pergi kerja, balik kerja dan menghabiskan masa yang terluang mereka. Ini semua sebagai panduan kepada diri anda untuk mencapai cita-cita anda. Ambilah perkara perkara positif dari mereka dan jika ada yang negetif jangan pula diikut. Itu semua kelemahan manusia.
Apa jua lah nasihat saya, yang penting ingin saya sampaikan ialah untuk mengejar sesuatu cita-cita itu memerlukan pengorbanan dan setiap kejayaan itu memerlukan satu disiplin yang kuat.
Hanya disiplin yang kuat sahaja dapat meleburkan dan meRUBAH SIKAP PEMALAS pelajar dalam mengejar kecemerlangan.
Nampaknya sampai disini sahaja buat kali ini di masa akan datang akan saya maklumkan ciri pelajar cemerlang # 5
Kepada mereka yang kurang cemerlang.
Apa?, anda hendak berhenti disini sahaja tanpa melakukan satu perubahan kepada diri anda sendiri. Ini satu perkara yang akan anda sesali kemudian hari yang mana sudah tidak berguna lagi pada masa itu nanti.
Jadi apa kata anda berkenalan dahulu dengan erti perkataan-perkataan yang ingin saya ketengahkan kepada anda supaya anda bangkit dari tidur yang lena dan gerakan satu gerakan menuju ke.. ke... ke.... kecemerlangan.
Perkataan yang ingin anda tahu dan ambil perhatian bermula dari hari ini dan terus mengambil tindakan ialah :
BERUBAH
PEMALAS
SIKAP