Nampaknya hari ini telah bermula cuti sekolah. Banyak rancangan telah disusun untuk mengisi ruang masa cuti sekolah kali ini. Bagi saya kesempatan ini saya gunakan untuk memantapkan lagi pelajar dibawah bimbingan saya agar mereka berupaya untuk mencipta satu sejarah kejayaan yang bakal dihadapi pada penghujung tahun 2012. Khasnya bagi pelajar yang dibawah bimbingan saya yang bakal menghadapi peperiksaan PMR dan SPM 2012.
BAGAIMANA MENJADI PELAJAR CEMERLANG ?
Satu persoalan yang harus, setiap pelajar ambil berat . Untuk menjadi pelajar cemerlang, setiap pelajar sepatutnya telah ada satu cara, kaedah atau sistem yang digunakan didalam proses pembelajaran. Terdapat banyak cara, kaedah dan sistem yang boleh diguna pakai oleh mana-mana pelajar untuk menjadikan diri mereka cemerlang. Namun begitu ada juga cara serta kaedah tersebut yang mungkin tidak sesuai bagi seseorang pelajar berbanding dengan pelajar lain. Oleh yang demikian setiap pelajar itu boleh menggunakan mana-mana cara untuk dipraktikan pada diri sendiri, yang penting sekali ialah keputusan yang bakal terhasil itu membawa kepada kecemerlangan.
Didapati ada juga pelajar yang tidak menunjukkan sebarang hasil dari sistem yang telah digunakan selama ini, tetapi masih tidak mahu menukar ataupun memperbaiki corak atau kaedah tersebut. Pelajar-pelajar tersebut sepatutnya telah mengetahui kelemahan sistem yang digunapakai tersebut. Apa yang patut dilakukan ialah dengan memperbaiki atau menukar corak pembelajaran tersebut supaya hasil dan keputusan yang bakal diperolehi itu lebih memberangsangkan.
Saya telah banyak membimbing pelajar-pelajar, apa yang saya dapati pelajar-pelajar yang kurang cemerlang juga boleh mencipta keputusan yang cemerlang "A". Tidak ada yang mustahil.
Kenapa saya katakan pelajar yang kurang cemerlang boleh memperolehi keputusan yang cemerlang "A", ini adalah berdasarkan kepada pengalaman saya hampir 15 tahun membimbing pelajar. Saya meluahkan perkara ini bukan dari sudut atau pandangan pelajar yang sudah atau sememangnya cemerlang, tetapi dari kacamata pelajar-pelajar yang kurang cemerlang atau boleh dikatakan lembab.Ini adalah berdasarkan bimbingan saya kepada pelajar-pelajar tersebut.
HENDAK SERIBU DAYA, TAK HENDAK SERIBU ALASAN
Ikhlas dari saya
Safiyan Mofti
0 comments:
Post a Comment