Assalamualaikum,
Masih bersama saya lagi, kali ini saya ingin membawa pelajar-pelajar bersama-sama saya dengan satu persoalan;
"APA YANG MEMBEZAKAN PELAJAR CEMERLANG DENGAN YANG KURANG CEMERLANG"
Jauh disudut hati setiap pelajar, rata-rata ingin cemerlang didalam pelajaran mereka. Tetapi kebanyakan pelajar yang ingin menjadi cemerlang ini tidak berjaya menjadi cemerlang. Kebanyakan pelajar ini merasakan mereka telah pun berusaha untuk menjadi cemerlang. Hasilnya pula sebaliknya. Kenapa perkara ini boleh terjadi kepada pelajar-pelajar ini. Ini lah diantara sebab kebanyakan pelajar yang ingin menjadi cemerlang kemudiannya berputus-asa. Aleh-aleh mereka akan kembali kepada keadaan asalnya. Yaitu tidak bersemangat langsung untuk meneruskan usaha mencipta kecemerlanga didalam pelajaran mereka.
Percayalah wahai pelajar-pelajar dan ingatlah kata-kata ini:
KEJAYAAN DAN KECEMERLANGAN ITU BUKAN UNTUK MEREKA YANG KAYA
TIDAK JUGA UNTUK MEREKA YANG BERHARTA
DAN TIDAK JUGA UNTUK MEREKA YANG DIGELAR PINTAR
SESUNGGUHNYA KEJAYAAN DAN KECEMERLANGAN ITU
ADALAH HAK KEPADA MEREKA YANG
BERUSAHA....BERUSAHA.... BERUSAHAAAAAAAA ..... BERSUNGGUH-SUNGGUH.
Tidak kiralah pelajar-pelajar berada di sekolah mana sekalipun, samaada sekolah berasrama penuh, sekolah bantuan kerajaan atau sekolah-sekolah biasa aja. Jika dikaji dan dilihat dilingkungan mana sekalipun pelajar bersekolah, yang pasti tidak semua pelajar disekolah tersebut akan menjadi cemerlang. Ini yang pasti.Kerana apa saya perkatakan demikian. Ingat kejayaan dan kecemerlanga itu adalah hak kepada mereka yang benar-benar bersunguh-sungguh.
Untuk itu kepada pelajar-pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan PMR dan SPM 2012 ini, gunakanlah keputusan peperiksaan pertengahan tahun 2012 yang baru diduduki ini sebagai kayu pengukur untuk memperbaiki apa jua kekurangan yang telah berlaku sebagai pendorong utama didalam mencipta kejayaan dan kecemerlangan.
Sebenarnya untuk mecipta kecemerlangan didalam pelajaran tidak lah sesusah seperti mendaki Gunung Everest Apa yang telah kita ketahui dan boleh diambil sebagai pengajaran bagaimana seorang pendaki itu perlu melakukan pengorbanan-pengorbanan yang tidak terfiikir oleh mereka untuk menakluki puncak Gunung Everest.Silap perhitungan pendaki ini boleh menemui ajal dalam mengejar puncka Gunung Everest.
Wahai pelajar PMR dan SPM pengorbanan yang dituntut tidak lah seberat dan sehebat pendaki Gunung Everest. Menjelang berlabuhnya peperiksaan PMR dan SPM 2012, pernah ke pelajar-pelajar terpanggil untuk memikirkan apakah pengorbanan yang perlu dan harus pelajar-pelajar KORBANKAN hanya buat sementara waktu ini sehingga tarikh keramat PMR dan SPM.
Apa yang saya rasakan ialah pengorbana yang perlu dituntut dari pelajar ialah MASA yang ada digunakan dengan lebih berhemah. Apabila diperkatakan dengan masa ia membawa maksud saki-baki masa yang ada ini dipergunakan untuk belajar, mengulangkaji dan melakukan latih-tubi. Apa-apa aktiviti yang melibatkan masa yang dirasakan tidak bersangkut-paut dengan belajar, mengulangkaji dan melakukan latih-tubi hendaklah diberhentikan dengan serta-merta. Saya tahu memang sukar untuk tidak melakukan perkara yang telah menjadi kebiasaan kita. Tapi itulah yang dikatakan dan dimaksudkan dengan PERNGORBANAN.
Percayalah pengorbanan itu memang menyakitkan dan tidak menyeronokan. Disebaliknya nanti segala pengorbanan itu nanti akan terbayar. Bukan dibayar dengan wang ringgit. Tetapi dibayar dengan keputusan yang akan menjadi kenangan bukan sahaja kepada anda tetapi kepada kedua ibu dan bapa anda. Yang lebih penting ia akan menjadi satu sejarah dalam lipatan hidup anda sebagai seorang pelajar yang boleh dibanggakan.
KEJAAYAAN DAN KECEMERLANGAN TIDAK DATANG BERGOLEK
TETAPI
KEJAYAAN DAN KECEMERLANGAN BOLEH DICIPTA
Saya harap betemu semula dengan anda dengan rahsia-rahsia pelajar cemerlang pada blog saya akan datang jangan lupa pada 6hb Jun 2012 bertajuk CIRI PELAJAR CEMERLANG # 1
Wassalam buat kali ini,
dari
Safiyan Mofti

0 comments:
Post a Comment